Chlamydia

What is Chlamydia 
Apakah Chlamydia

Chlamydia trachomatis is a sexually transmited disease caused by bacteria. It is an asymptomatic type of infection, which means people infected with Chlamydia may not know they have it.

Chlamydia trachomatis adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria. Ia adalah jenis jangkitan tanpa gejala, yang bermaksud orang yang dijangkiti Chlamydia mungkin tidak tahu mereka menghidapinya.

Risk factors 
Faktor-faktor risiko

  • Having several sexual partners
    Mempunyai beberapa pasangan seksual
  • Previous history of Sexually Transmitted Disease(STD)
    Sejarah Penyakit Kelamin (STD) terdahulu
  • Not using condom during sexual activities
    Tidak menggunakan kondom semasa aktiviti seksual

Transmission 
Penularan

The mode of transmission of Chlamydia is through:
Cara penularan Chlamydia adalah melalui:
  1. Unprotected sex: Vaginal,anal and oral sex
    Seks tanpa perlindungan: Seks faraj, dubur dan oral
  2. Sharing of sex toys
    Perkongsian mainan seks
  3. A mother with chlamydia can pass it to her baby during childbirth. The baby can have an eye infection or pneumonia during birth due to this. Having chlamydia can also increase the chances of premature delivery.
    Seseorang ibu yang menghidapi chlamydia boleh menularkannya kepada bayinya semasa bersalin. Bayi boleh mengalami jangkitan mata atau radang paru-paru semasa kelahiran disebabkan ini. Ibu mengandung yang menghidapi chlamydia juga boleh meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Symptoms 
Simptom

Women
Wanita
  1. Unusual vaginal discharge
    Keputihan luar biasa
  2. Burning sensation during urination
    Rasa pedih semasa membuang air kecil
  3. Unusual bleeding between period and after sex
    Pendarahan luar biasa antara haid dan selepas seks
  4. Pain during sex
    Sakit semasa hubungan seks
Men
Lelaki
  1. Discharge from the penis
    Cecair keluar dari zakar
  2. Burning sensation during urination
    Rasa pedih semasa membuang air kecil
  3. Rare: Swelling and pain in either both or one of the testicles.
    Jarang: Bengkak dan sakit pada kedua-dua atau salah satu buah zakar.

Testing 
Ujian untuk chlamydia

The healthcare provider will ask to provide a urine sample or take a vaginal swab sample to be sent to the lab to test for chlamydia. Currently, there are also home test kits that can test for chlamydia.

Penyedia penjagaan kesihatan akan meminta untuk memberikan sampel air kencing atau mengambil sampel sapuan faraj untuk dihantar ke makmal untuk menguji Chlamydia. Pada masa ini terdapat juga kit ujian rumah yang boleh menguji chlamydia.

Complications 
Komplikasi

Having chlamydia can also cause several complications such as:
Menghidapi Clamydia juga boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti:

  • Infection to the uterus and fallopian tube that causes pelvic inflammatory disease
    Jangkitan pada rahim dan tiub fallopio yang menyebabkan penyakit radang pelvis
  • Epididymitis, due to inflammation at the coiled tubes located beside the testicales
    Epididimitis, disebabkan oleh keradangan pada tiub bergelung yang terletak di sebelah testis
  • Rare: Infection to the prostate gland
    Jarang: Jangkitan pada kelenjar prostat
  • Lead to infertility as it can cause permanent damage to women's reproductive system
    Menyebabkan ketidaksuburan akibat kerosakan kekal pada sistem pembiakan wanita selepas jankitan chlamydia
  • Pregnancy complications such as ectopic pregnancy
    Komplikasi kehamilan seperti kehamilan ektopik
  • A type of arthritis known as reactive arthritis(Reiter's syndrome) that affects the joints, eyes and urethra
    Sejenis arthritis yang dikenali sebagai artritis reaktif (sindrom Reiter) yang menjejaskan sendi, mata dan uretra

Prevention 
Pencegahan

Taking good prevention steps will certainly help to protect you against chlamydia. These steps include:
Mengambil langkah pencegahan yang baik pasti akan membantu melindungi anda daripada chlamydia. Langkah-langkah ini termasuk:

  • Using condom (males and females) during vaginal/anal sex
    Menggunakan kondom (lelaki dan perempuan) semasa hubungan seks faraj/dubur
  • Do not have multiple sex partner as this will increase your chance of getting chlamydia
    Risiko anda akan meningkat jika anda ada hubungan seks dengan banyak/beberapa orang
  • A sexually active person with multiple partner should be screened regularly not only for Chlamydia but other STDs as well
    Seseorang yang aktif secara seksual dengan berbilang pasangan harus disaring dengan kerap bukan sahaja untuk Chlamydia tetapi STD lain juga
  • Avoid cleaning the vagina with water or other liquids as this will decrease the good bacteria in vagina therefore increasing chances of infection
    Elakkan membersihkan faraj dengan air atau cecair lain kerana ini akan mengurangkan bakteria baik dalam faraj oleh itu meningkatkan peluang jangkitan

Citations

  1. Chlamydia trachomatis - Symptoms and causes. (2022, February 11). Mayo Clinic. Retrieved September 8, 2022, from https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/chlamydia/symptoms-causes/syc-20355349
  2. STD Facts - Chlamydia. (n.d.). Retrieved September 8, 2022, from https://www.cdc.gov/std/chlamydia/stdfact-chlamydia.htm